Kumpulan anti-Lynas, Himpunan Hijau hari ini berikrar menghadang pintu utama kilang pemprosesan nadir bumi syarikat itu di Gebeng, Pahang, bermula 22 Jun.
“Kami akan pastikan tiada keluar masuk. Kami harap ia dapat menghentikan operasi Lunas dan loji itu tiada orang,” kata Wong dalam sidang media semalam.
“Ia mungkin mengambil masa beberapa bulan atau tahun. Kami akan bertahan.
"Ada yang bangkitkan berhubung keperluan bekerja dan kembali ke rumah. Saya akan tetap di situ,” katanya.
Menjangkakan polis akan bertindak, Wong menegaskan mereka tidak akan berganjak daripada objektif itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan