MALAYSIAKINI
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyatakan rasa terkejut mereka berhubung rancangan Kelantan menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan pesalah hudud jika ia undang-undang itu dikuat kuasa.
Katanya, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menasihatkan doktor-doktor supaya tidak menyaksikan atau memperakui hukuman sebat terhadap penjenayah, apatah lagi pemotongan anggota badan.
“Saya mohon kerajaan Kelantan memikirkan semula hasrat mendapatkan pakar bedah bagi melakukan kerja 'kasar' melaksanakan undang-undang yang bertentangan dengan amalan dan etika perubatan.
“Saya secara peribadi menentang sebarang undang-undang yang memerlukan pencacatan...
“Meminta pakar bedah untuk melaksanakan pemotongan jauh lebih serius dan sudah tentu ditentang oleh MMA,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, selesai hukuman itu, pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara.
Tharmaseelan berkata, doktor dilatih untuk menjaga, merawat dan menyembuhkan dan ia mesti mendapat persetujuan pesakit, walaupun seorang penjenayah.
Beliau juga berkata, MMA akan membuat laporan terhadap doktor yang terlibat dengan pemotongan tangan kepada Majlis Perubatan Malaysia jika ia berlaku.
“Ia boleh menyebabkannya disingkir daripada daftar perubatan sebagai doktor. MMA juga akan bertindak terhadapnya dan mengeluarkannya daripada persatuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.