SURYANI TAIB
Ura-ura terkini mengatakan bahawa pasukan mencari kini berdepan
dilema iaitu sama ada mahu meneruskan operasi SAR atau menghentikan
operasi pencarian bagi mengkaji lokasi sebenar MH370.
Bukankah
kita awal-awal lagi mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di
lokasi sekarang dan mengucapkan takziah serta ada negeri yang
mengibarkan bendera separuh tiang.
Apa ni? Kini timbul pula
cerita kemungkina mahu kaji semula lokasi sebenar MH370. Betul, memang
wajar mengubah lokasi pencarian jika di kawasan sekarang tiada sebarang
petanda ditemui. Namun yang menjadi kemusykilan dan kesedihan saya ialah
kenapa awal-awal digambarkan seolah-olah segalanya sudah berakhir.
Kini,
kita mungkin terpaksa menarik semula kenyataan tersebut dan sudah tentu
menimbulkan perasaan kurang senang ahli keluarga mangsa. Bak kata
pepatah, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.”
Oleh
sebab itu, jangan salahkan media asing mahupun mana-mana individu atau
parti yang membuat pelbagai spekulasi tidak baik terhadap kerajaan
Malaysia. Hakikatnya, kita sendiri membuka ruang kepada mereka untuk
mengkritik kita.
Sebelum ini pun telah ada beberapa kenyataan
kita ketika sidang akhbar yang bercanggah dengan beberapa fakta – dan
kemudiannya menjadi pertikaian beberapa pihak, khususnya keluarga mangsa
di China.
Saya bimbang, kenyataan kita yang tidak konsisten dan
tergesa-gesa ini menjadi bahan lawak jenaka media antarabangsa dan
orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan