MALAYSIAKINI
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang
kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sama ada mahu berjumpa
atau tidak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Itu hak dia (Obama), suka hati dia nak jumpa siapa, saya yang bekas
perdana menteri ini pun dia tak nak jumpa," kata Dr Mahathir kepada
pemberita di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Parti PKR yang
kesal Obama yang akan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini Sabtu
depan, tidak berjumpa Anwar.
Tambah Dr Mahathir, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada berjumpa sesiapa pun termasuk Anwar.
"Kalau tidak puas hati pergi tanya sendiri kepada Obama kita (kerajaan) halang ke atau tidak Anwar nak jumpa," katanya.
Lawatan tiga hari Presiden AS itu merupakan lawatan rasmi pertama ke
Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.
Selain Malaysia, Obama turut melakukan lawatan ke Tokyo, Jepun dan
Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di
Filipina.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.