KUALA LUMPUR: Seluruh jentera PAS telah menunjukkan
semangat luar biasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan 31 Mei
lalu pilihan raya itu walaupun bukan PAS yang bertanding.
Pengarah
Pilihanraya Pemuda PAS Negeri Perak Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
berkata, oleh itu jentera PAS tidak perlu berasa terlalu kecewa dengan
kekalahan tersebut kerana telah melakukan yang terbaik.
"Biarpun
tewas, tetapi ianya bukannya memberikan gambaran kegagalan gerak kerja
PAS oleh kerana jentera telah bertungkus-lumus bekerja untuk menarik
sokongan pengundi," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya,
walaupun kerusi itu bukanlah ditandingi oleh PAS, namun salah satu
kerusi di dalam parlimen itu adalah milik PAS iaitu Dun Changkat Jong,
maka jentera wajar bermuhasabah.
"Kami masih gagal untuk menarik
sokongan pengundi di dalam Dun Changkat Jong apabila kekal tewas dengan
majoriti agak besar khususnya dari kalangan pengudi Melayu yang
menyumbang kepada kemenangan BN.
"Kita akan membuat post-mortem
bagi mengenalpasti apakah strategi yang berkesan dan tidak berkesan
supaya selepas ini akan lebih bersedia," katanya.
Kenaikan tiga
peratus pengundi Melayu ujarnya adalah rangsangan kepada jentera PAS di
Teluk Intan untuk terus berusaha menarik sokongan kelompok tersebut
kerana ianya sangat penting bagi PAS itu sendiri.
"Kepada seluruh
jentera, anda telah membuat yang terbaik. Jangan sesekali kecewa
sebaliknya harus menganggap tiada istilah kalah dalam kamus perjuangan,"
katanya. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.