Polis telah memperolehi perintah mahkamah hari ini untuk menghalang
sekatan anjuran Himpunan Hijau esok di pintu masuk utama ke kilang
penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.
Ketua Polis Daerah Kuantan Abdul Aziz Ahmad berkata pihak berkuasa telah mendapat perintah mahkamah itu sebagai langkah pencegahan terhadap protes esok.
Menurut beliau, perintah itu melarang sesiapa daripada berada dalam jarah 20 meter dari loji tersebut, mulai hari ini hingga Jumaat depan.
"Oleh kerana mereka tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan ini, jadi sesiapa yang datang esok akan melakukan kesalahan di bawah seksyen 143 Kanun Kesiksaan (perhimpunan haram)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Abdul Aziz lagi, mereka yang enggan mematuhi perintah itu akan dianggap sebagai menghina mahkamah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.