Polis hari ini merakam kenyataan Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Akmal Nasir di ibupejabat polis Dang Wangi berkaitan siasatan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan.
Sesi polis merakam kenyataan Akmal hari ini berlangsung selama 40 minit, dari jam 3 petang hingga 3.40 petang, kata Rafizi kepada Malaysiakini.
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan, menemani Akmal di balai polis hari ini.
Rafizi telahpun disoal siasat di pusat khidmat beliau di Pandan sebulan yang lepas.
Rafizi memberitahu Malaysiakini beliau menulis buku itu sejurus selepas Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjaea oleh Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu.
Katany, pada asasnya, buku itu meliputi pemerhatian apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi dan Rayuan sepanjang tempoh perbicaraan.
Buku itu bertajuk "Reformasi 2.0: Fakta kes Anwar Ibrahim: Di mana integriti mahkamah?"
Akmal merupakan salah seorang ahli PKR yang mempromosikan buku yang dijual itu menerusi kedai buku online Kempenrakyat.com pada harga RM10 senashkah.
Beliau juga bertugas sebagai pengarah National Oversight and Whistleblowing Centre (NOW), sebuah NGO di mana Rafizi merupakan pengarah eksekutifnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.