Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Law Choo Kiang berkata pihak polis dan Peguam Negara (AG) tidak boleh mendakwa mana-mana wakil rakyat bagi bagi salah laku di dalam Dewan.
Kerana itu, ia membatalkn rancangan untuk mendakwa ADUN Seri Delima RSN Rayer (kiri) di bawah Akta Hasutan 1948, kata Law, yang juga ADUN PKR Bukit Tambun dalam satu kenyataan semalam.
Law berkata, amaran berdasarkan perintah tetap DUN telah dikeluarkan kepada Rayer supaya tidak mengulangi kata-kata "Umno celaka", yang didakwa diucapkannya di dalam Dewan pada 20 Mei.
Berdasarkan perintah tetap, katanya, 10 ADUN Umno yang tidak puas hati, juga diminta supaya mengemukakan usul kepada jawatankuasa khas DUN Pulau Pinang berhubung perkara itu.
"Saya membuat keputusan ini berdasarkan peruntukan perintah tetap, oleh itu sebarang isu (luaran) yang timbul daripada (kejadian) ini perlu dihentikan serta-merta," katanya.
Law melahirkan rasa kesal bahawa pihak polis dan AG telah mencabar kesucian Dewan dengan menangkap Rayer atas dakwaan menghasut Rabu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.