KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim, Faekah Husin dengan nada sinis menyindir kenyataan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyokong seorang wanita
dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Dalam Twitternya hari ini, Faekah berkata, Pulau Pinang harus terlebih dahulu memulakan langkah tersebut.
“Ya mula dengan P.Pinang. Go for it Betty!”," tulisnya di Twitter dituju khas kepada isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng.
Tweet tersebut kelihatan jelas menyindir Betty yang juga bekas Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana yang tidak bertanding pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan tidak memegang apa-apa jawatan
politik.
Tweet itu juga mencerminkan sokongan Faekah terhadap Khalid kerana
beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated
(MBI).
Pada Jumaat, Guan Eng menggesa semua pemimpin dari pelbagai parti menyokong wanita dilantik sebagai menteri besar.
Hubungan Pakatan Rakyat kini tegang berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Terdahulu, kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan
kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor digantikan oleh Adun
Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Namun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menolak cadangan untuk
melantik Dr Wan Azizah bagi menggantikan Khalid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan