NGO Melayu Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat
peguam negara (AG) dan ketua polis negara (IGP) selepas didakwa gagal
bertindak terhadap kes menghina agama atau kaum seperti didedahkan
media.
Presidennya Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, Tan Sri Abdul Gani Patail
dan Tan Sri Khalid Abu Bakar seolah-olah mengamalkan pendakwaan
terpilih dalam isu itu, lapor ISMAweb.
“Berapa banyak kes sehingga hari ini yang tidak diambil sebarang tindakan jika ia melibatkan orang bukan Islam.
“Sebaliknya jika orang Islam dan Melayu yang melakukan perkara itu, dengan pantas dan segera diadakan siasatan.
“Jadi apakah sebenarnya yang menghalang IGP dan AG daripada
tanggungjawab ini sehingga menyebabkan mereka yang bersalah dilindungi?”
beliau dipetik sebagai berkata oleh media rasmi NGO itu.
Abdullah Zaik membangkitkan kes melibatkan yang dilaporkan Sinar
Harian, The Malaysian Insider dan sebuah blog melibatkan pemilik akaun
Facebook Smallfield Benjamin, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee,
penyanyi rap Namewee, pengerusi Pertubuhan Seni dan Budaya David Orok,
pemilik akaun Facebook Kwang Yung dan terkini Kelvin Yap.
Abdullah berkata, status 30 laporan polis yang dibuat ISMA terhadap DAP
– yang digelarkan laman itu sebagai “parti chauvinis” dan pemimpinnya
Lim Kit Siang juga masih tiada maklum balas mahupun tindakan diambil.
Abdudullah mendakwa, Lim memfitnah ISMA semasa himpunan di Dataran
Merdeka pada 4 Mei lalu yang ucapannya disiarkan di YouTube pada 7 Mei
2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.