Azuan ab Rahman
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia harus memberi reaksi segera terhadap pendedahan yang dibuat laman WikiLeaks berhubung skandal rasuah bernilai tinggi melibatkan pemimpin negara.
Ahli Parlimen Kapar, G.Manivannan berkata siasatan juga segera perlu dilakukan berikutan pendedahan sensasi yang sedang hangat di Australia itu.
“Kerajaan perlu membersihkan nama negara segera, kalau dakwaan itu tidak benar, kerajaan perlu buktikan, jangan bersikap berdiam diri dan berharap rakyat akan lupa.
“Dakwaan berlakunya rasuah itu sendiri telah secara teruk menjejaskan nama baik negara, tambah lagi apabila ia melibatkan wang milik rakyat,” tegasnya.
WikiLeaks, laman pendedahan yang dikendalikan pertubuhan antarabangsa dan bertapak di Sweden sebelum ini mendakwa pekerja anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia menyogok pegawai kanan di beberapa negara termasuk Malaysia.
Sogokan bernilai jutaan dollar itu dilakukan bagi memastikan syarikat diwakili mereka mendapatkan kontrak percetakan wang kertas jenis Polimer.
“Rakyat juga perlu faham, isu ini tidak boleh di anggap remeh, ia melibatkan amanah yang kita berikan kepada pemimpin.
“Kalau kerajaan tidak berani siasat, dan cuba mengikut jejak langkah kerajaan Australia sebelum ini, sudah pasti mereka sedang ingin sembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat.
“Jika itu mereka cuba lakukan, Dakwaan oleh WikiLeak itu ada asas yang kuat.
WikiLeaks dalam pendedahan hujung Julai lalu mendakwa kerajaan Australia mengeluarkan arahan untuk menapis dan tidak menyiarkan kes rasuah yang melibatkan beberapa pemimpin dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Laman dikendalikan pertubuhan antarabangsa dan bertapak di Sweden itu mendakwa perlakuan rasuah bernilai jutaan dolar itu melibatkan beberapa pemimpin, keluarga dan pegawai kanan kerajaan dari Indonesia, Vietnam dan Malaysia.
17 individu dinamakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan dua mentornya, Tun Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.