Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey memilih Malaysia
sebagai lokasi sulung bersempena siri konsert jelajahnya di Asia
Tenggara yang bakal diadakan di Stadium Merdeka dekat sini pada 22
Oktober depan.
Pihak penganjur konsert di negara ini dilaporkan berjaya mendapat bidaan
bagi mendapatkan diva terkenal itu lebih awal berbanding negara lain
seperti Singapura dan Filipina.
"Kuala Lumpur akan menjadi negara yang pertama biarpun Singapura tidak
gembira dengan keputusan pengurusan penyanyi itu yang hanya akan
mengadakan persembahan di Singapura dua hari selepas konsert di sini,"
kata sumber industri yang enggan namanya dikenali.
Difahamkan bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Mariah tidak
kurang daripada USD1 juta (RM3.2 juta) iaitu harga sama semasa penyanyi
itu mengadakan konsert di negara ini pada tahun 2004.
Bagaimanapun butiran lanjut mengenai konsert berkenaan akan diumumkan oleh pihak penganjur dalam masa terdekat ini.
Penyanyi yang mempunyai suara mencapai lima octav itu terkenal dengan
lagu seperti Hero, Dreamlover, One sweet Day, Vision of Love, We Belong
Together, My All dan #Beautiful itu mengambil keputusan melancarkan
jelajah dunianya di negara Asia terlebih dahulu sebelum Amerika
Syarikat.
Mariah akan terlebih dahulu mengadakan persembahan di China sebelum meneruskan siri jelajah di Kuala Lumpur.
Konsert jelajah itu diadakan bersempena pelancaran album terbaharunya berjudul Me. I Am Mariah...The Elusive Chanteuse.
Konsert pertama Mariah di negara ini menimbulkan kekecohan ekoran imej
seksi penyanyi berkenaan sehingga ahli Parti PAS berarak di luar stadium
Merdeka bagi membantah penganjuran persembahan itu.
Bagaimanapun Mariah mengejutkan para peminat dan pengkritik apabila tampil sopan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Untuk rekod, Mariah adalah artis wanita paling berjaya dalam sejarah
industri muzik Amerika Syarikat dengan penjualan album sebanyak 200 juta
unit di seluruh dunia dan 18 lagu yang diciptanya sendiri menduduki
tangga pertama carta Billboard.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.