MCA membidas kembali Menteri
Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz kerana memperkecilkan parti itu dalam
isu cadangan bagi melarang tukang masak asing menyediakan masakan
tempatan di pusat penjaja Pulau Pinang.
Menurut MCA perkara itu tidak harus dilakukan oleh seorang menteri
kabinet kanan sepertinya kerana bantahan itu juga disuarakan penjaja
yang tidak setuju dengan cadangan yang pada mulanya dibangkitkan ketua
menteri Pulau Pinang itu.
“Adakah Nazri tidak mampu mendengar dan menerima pandangan penjaja yang menentang cadangan Lim Guan Eng itu?
“Jika tidak, bagaimana dia (Nazri) boleh tidak mengendahkan pandangan
Pemuda MCA apabila menolak pandangan orang ramai, atau dia mencari
peluang untuk melemahkan MCA?” soal anggota jawatankuasa pusat MCA Ti
Lian Ker (kanan) dalam kenyataannya hari ini.
Nazri semalam menghentam MCA yang mengkritik beliau kerana menyokong larangan terhadap tukang itu.
Nazri berkata beliau tidak peduli apa yang MCA suarakan kerana menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan