Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin
Nasution Ismail berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu ditukar
kerana masalah "keraguan integriti" susulan isu penyelesaian hutang
beliau dengan sebuah bank.
Selain itu Saifuddin mendakwa, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.
Perkara itu antara kandungan dokumen penjelasan bertulis PKR yang akan
diberikan kepada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat esok bagi mewajarkan
cadangan penukaran Khalid daripada menerajui pentadbiran Selangor.
Tak anggap korup
Saifuddin turut menyatakan dokumen mahkamah berkenaan penyelesaian hutang itu turut dilampirkan bersama penjelasan tersebut.
Beliau menyatakan keputusan menyampaikan dokumen bertulis itu adalah
hasil pertemuan beliau dengan pimpinan tertinggi PAS iaitu Mursyidul
Amnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden Mohammad Sabu serta
Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man minggu
lalu.
Saifuddin bagaimanapun menegaskan beliau dan parti tidak menganggap
Khalid sebagai pemimpin korup tetapi menyatakan integritinya sebagai
menteri besar "bermasalah."
"Selain masalah keraguan integriti asa beberapa isu lain.
"Kami telah memanggil beliau (Khalid) untuk menjelaskan tetapi tidak menerima jawapan yang memuaskan," katanya.
Isu air dimuatkan
Selain itu Saifuddin mendedahkan isu penstrukturan semula industri air
turut menjadi dimuatkan dalam dokumen setebal kira-kira 40 muka surat
itu.
Beliau menyatakan Khalid telah mengabaikan jawatankuasa air Pakatan
yang dipersetujui sendiri oleh menteri besar itu dan menandatangani
perjanjian persetujuan dengan Putrajaya Jumaat lalu tanpa
membincangkannya.
"Ada satu jawatankuasa yang kita minta secara tertib supaya bantu
Khalid untuk penstrukturan air dianggotai Tony Pua, Dr Dzulkifly (Ahmad)
dan Rafizi (Ramli)
"Sekalipun dia setuju dengan keputusan pimpinan pakatan ini, beliau
anggap jawatankuasa ini seolah-olah tak wujud," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan