JOHOR BAHARU - Polis mengeluarkan 100 saman kepada pemandu bas
kilang yang menghalang lalu lintas di Kompleks Kastam, Imigresen dan
Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini, 1 Ogos lepas
berikutan perlaksanaan kadar tol baharu.
Timbalan Ketua Polis Daerah II, Johor Baharu Selatan, Supt. Mohd Nadzir Ghulam Kadir berkata, kesemua mereka yang meletakkan kenderaan di bahu jalan utama terbabit akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Mereka ini (pemandu bas kilang) sengaja beredar membawa kunci dan meninggalkan bas sebelum kemudian berkumpul beramai-ramai.
"Perbuatan ini kemudian menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalan yang lain dan orang awam sehingga ada yang terpaksa berjalan kaki ke Singapura," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian terbabit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.