SEBANYAK 3,475 sijil halal telah dikeluarkan oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada syarikat dalam negara
sehingga Ogos lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Dasar Jakim, Mohamad Nordin Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, 2,630 penerima adalah syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Kebanyakan penerima adalah Bumiputera dan kami menyasarkan sehingga hujung tahun ini lebih 6,000 syarikat bakal memperoleh sijil halal.
“Setiap tahun lebih daripada 6,000 sijil halal diberikan oleh Jakim kepada pelbagai peringkat dan kategori perniagaan seperti makanan, logistik farmaseutikal dan sebagainya,” katanya selepas Majlis Perasmian Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2014, di Seri Kembangan, semalam.
Majlis pelancaran dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata, KKLW turut menyasarkan 30 peratus daripada 116,622 usahawan dan agensi-agensi yang berdaftar di bawahnya memperoleh perakuan sijil halal dalam masa terdekat.
Katanya, bagi menjayakan sasaran itu, KKLW akan bekerjasama dengan Jakim dan agensi berkaitan untuk membimbing usahawan memperoleh sijil halal.
“Adalah penting bagi usahawan mempersiapkan diri agar dapat kekal berdaya saing dengan pemain industri lain di pasaran.
“Ini kerana industri halal merupakan kuasa baru dan besar di pasaran global dengan nilai pasaran lebih daripada RM7.6 trilion setahun dan saya berharap pengusaha tempatan perlu menjadi sebahagian daripada nilai pasaran ini,” katanya.
Halfest 2014 menyasarkan 70,000 pengunjung selama lima hari bermula 3 September lalu sehingga 7 September di Pusat Pameran Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.