HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 September 2014

4 Juta Pekerja Malaysia Berpendapatan RM2,000 Sebulan. 80% Berpendapatan Bawah RM7,000 Sebulan? Gaji Anda?




Gaji Rakyat Malaysia



4 Juta Pekerja Malaysia Berpendapatan RM2,000 Sebulan. 80% Berpendapatan Bawah RM7,000 Sebulan? Gaji Anda?

Sekarang ini berdasarkan semakan berita semasa terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan juga Kementerian Kewangan Malaysia telah mencacatkan yang mana Malaysia mempunyai 13.5 pekerja. Malangnya…daripada jumlah tersebut 4 juta bersamaan hampir 30% berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Manakala……

Rakyat Malaysia yang berpendapatan antara RM2,300 hingga RM7,000 sebulan masing-masing adalah adalah berjumlah 40% setiap kumpulan tersebut yang dikategorikan di negara ini sebagai golongan berpendapatan rendah dan serdahana.

Lagi Statistik Gaji & Pendapatan Pekerja Malaysia?

 

  • i. RM2,300 sebulan – berpendapatan rendah, 40 peratus daripada penduduk Malaysia
  • ii. RM7,000 sebulan – berpendapatan sederhana, 40 peratus daripada penduduk Malaysia
Gaji Pakerja Swasta 

Bermakna, jumlah peratus untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana ialah 40% + 40% iaitu 80% (masing-masing 40 peratus) yang mana laporannya diterbitkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Kalangan kakitangan awam pula mencatatkan angka sejumlah 80% yang mewakili pendapatan RM7,000 sebulan dan ke bawah dan 60% daripada statistik tersebut menunjukkan kalangan penjawat awam berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan Bagaimana pula dengan anda?

Bagi Berita Semasa rakyat Malaysia yang tinggal di bandar-bandar besar di Malaysia dan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sepatutnya lebih banyak dibantu dek kerana mereka terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi. Berapa pula pendapatan anda sebulan? Mencukupi?


Tiada ulasan: