HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 September 2014

Calon MB: PAS Selangor perjelas laporan TV3

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Sebenarnya PAS Selangor tidak pernah menghantar sebarang nama calon menteri besar (MB) kepada PAS Pusat walaupun telah beberapa kali bermesyuarat dengan PAS Pusat.

"Sedikit penjelasan, TV3 sebentar tadi melaporkan PAS Selangor telah menghantar nama calon-calon MB kepada PAS Pusat untuk dimajukan kepada Tuanku Sultan.

"Nama-nama calon dihantar oleh PAS Pusat dan kami tidak tahu siapakah calon-calon tersebut," ujar Pesuruhjaya PAS Negeri, Iskandar Abdul Samad dalam satu tulisan yang dipetik dari facebook PAS Selangor malam ini.
Pada 27 Ogos lepas, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: