Khuatir berhubung cakap-cakap negatif terhadapnya, isteri perdana menteri Rosmah Mansor memutuskan tidak berkongsi pandangannya berhubung pentadbiran negara ini dengan suaminya.
Bercakap ketika melancarkan buku Guide to Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, beliau kini hanya berkongsi pandangan dengan rakan-rakan.
“Saya mungkin cakap perkara yang benar, tetapi apabila isteri bercakap kepada suaminya, dan mungkin suaminya kata, 'Oh, kami betul, Rosmah' dan mereka akan kata, 'Ah, Rosmah kawal Najib'.
“Jadi sekarang saya hanya cakap kepada kawan-kawan saya... jadi lepas ini, jangan cakap saya kawal Najib,” katanya sambil ketawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.