Halaman

Rabu, 3 September 2014

Polis siasat wartawan dan portal berita kerana hasutan

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
SHAH ALAM: Polis kini memulakan siasatan terhadap portal berita dan wartawan berpangkalan di Pulau Pinang, selepas beberapa pendakwaan atas kesalahan hasutan dan jenayah diambil terhadap pemimpin pembangkang dan ahli akademik.
 
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata wartawan Malaysiakini Susan Loone dan portal tersebut akan disiasat mengikut Sekyen 4 (1) (c) Akta Hasutan kerana menyiarkan bahan yang menghasut.
 
Laporan tersebut berhubung penangkapan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang.
 
"Kami masih belum memanggil wartawan tersebut tetapi akan menyiasat kes itu mengikut Akta Hasutan," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.