KUALA LUMPUR - Subjek bahasa Inggeris perlu dititikberatkan di
peringkat permulaan awal persekolahan lagi, dan bukan hanya sebagai
syarat untuk menamatkan pengajian di universiti.
Menegaskan demikian, Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page) Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata penguasaan bahasa itu dalam kalangan mahasiswa dilihat agak lemah kerana tidak ditekankan oleh guru mereka sejak di peringkat sekolah rendah atau menengah.
"Terlalu banyak subjek yang diajar dalam bahasa Melayu seperti Sains dan Matematik yang suatu ketika pernah diajar dalam bahasa Inggeris namun sekarang telah kembali diajar dalam bahasa Melayu.
"Akibatnya apabila mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti, ramai yang tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik sehinggalah tamat pengajian mahupun melangkah ke alam pekerjaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Noor Azimah diminta mengulas mengenai pelaksanaan dasar bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus untuk menamatkan pengajian di universiti, sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Katanya pihaknya menyambut baik dasar kerajaan untuk menambahbaik tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa dan graduan universiti.
Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar projek-projek ilmiah dan pembentangan dilakukan dalam bahasa Inggeris untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan mahasiswa di universiti.
"Cara ini juga mampu memudahkan mereka menguasai bahasa itu dengan baik sekali gus melayakkan mereka untuk lulus subjek itu bagi mendapatkan segulung ijazah," katanya.
Guru sekolah rendah, Iza Jamaludin, 39, turut menyokong pelaksanaan dasar berkenaan kerana penguasaan lingua franca itu dilihat sebagai asas penting memenuhi syarat penerimaan bekerja dalam sektor awam dan swasta kini.
Ibu kepada pelajar tingkatan 5 itu berkata bagaimanapun terdapat kesan negatif bagi pelajar universiti awam yang tidak lulus subjek itu, yang mana berkemungkinan tidak dibenarkan untuk bergraduasi walaupun telah menghabiskan keseluruhan semester.
"Oleh itu saya berpendapat didikan awal bermula dari bangku sekolah adalah penting untuk mempersiapkan mereka sebelum memasuki menara gading," katanya.
Katanya dasar berkenaan juga dilihat sebagai cabaran buat golongan guru serta warga pendidik di peringkat sekolah rendah mahupun menengah bagi menyediakan bakal siswazah yang mampu menguasai penulisan dan pertuturan bahasa antarabangsa itu.
Zalina Ibrahim,
"Dengan pelaksanaan dasar ini, mereka akan lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris sama ada dalam pertuturan harian mahupun ketika menyiapkan tugasan kursus dalam pengajian.
"Cuma pihak universiti perlulah menyediakan lebih banyak kelas pemantapan bahasa Inggeris bagi membantu mahasiswa," katanya. - Bernama

44
,
ibu kepada seorang mahasiswa peringkat diploma di sebuah universiti
tempatan berkata syarat terbaharu berhubung bahasa Inggeris itu
merupakan langkah baik untuk memantapkan penguasaan bahasa itu dalam
kalangan mahasiswa."Dengan pelaksanaan dasar ini, mereka akan lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris sama ada dalam pertuturan harian mahupun ketika menyiapkan tugasan kursus dalam pengajian.
"Cuma pihak universiti perlulah menyediakan lebih banyak kelas pemantapan bahasa Inggeris bagi membantu mahasiswa," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.