Halaman

Rabu, 3 September 2014

Waris mangsa MH17 selar petugas media

MALAYSIAKINI


 


Seorang waris kepada mangsa bencana pesawat MH17 yang terlibat dengan pergeseran dengan seorang jurugambar di satu upacara pengebumian semalam menyelar petugas media tersebut kerana menceroboh kehidupan peribadi mereka.

Suthan Mookiah yang berada di lokasi kejadian semalam berkata, petugas terlibat dimaklumkan berkali-kali bahawa upacara di Nirvana Memorial Centre di Sungai Besi itu merupakan majlis tertutup.

"Di Nirvana, pintu utama dihalang tetapi petugas media masuk dari belakang dan menalakan lensa mereka ke arah kenderaan membawa jasad dan beberapa anggota keluarga.

"Siapa yang tidak marah apabila seseorang, yang diberitahu supaya tidak berbuat begitu, tetap melakukannya dan mengabadikan gambar orang kesayangan mereka untuk ditatap oleh seluruh dunia, tanpa mengira perasaan anggota keluarga?

“Tidak cukupkah lagi bila anda melihat gambar jasad yang mengaibkan sebelum ini?," soalnya.

Tulisannya di

Facebook
itu dikongsi oleh seorang lagi anggota keluarganya, Logan Retnam, yang turut menyelar Malaysia Airlines dan Nirvana kerana didakwa memaklumkan mengenai acara itu kepada media walau selepas mereka meminta agar ia dibuat secara tertutup.

"Apabila kita berulang kali sebut 'No media', orang NST tidak mempedulikannya dan merakam beberapa gambar kami. Selepas itulah pergeseran bermula...

"Saya tidak faham mengapa media fikir kami perlu berkongsi detik-detik peribadi kami kepada mereka, Adakah ia dituntut dari kami?,” soalnya di Facebook.

Katanya, para waris di Belanda tidak perlu mengharungi masalah seperti ini bersama media di sana?,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, jurugambar New Straits Times, Mohd Aizuddin Akmal Saad, 29, mendakwa ditumbuk di muka oleh anggota keluarga pelakon Malaysia, Subashini Retam atau Shuba Jaya, suaminya warga Belanda, Paul Goes dan anak kecil mereka, Kaela.

Aizuddin membuat laporan polis atas kejadian tersebut di Balai Polis Sungai Besi.

Khalid berkata polis akan mengambil tindakan ke atas individu yang mengakibatkan kecederaan terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.