SELANGOR KINI
SHAH ALAM,: Kerajaan Pusat perlu meyalurkan sebahagian pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada surirumah supaya dapat dimanfaatkan secara langsung daripada pembayaran wang tunai berkenaan.
Desakan itu dibuat Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hal itu sejajar dengan Bajet Responsif Gender, yang mana wanita diberi kuasa membuat keputusan dalam pengurusan kewangan dalam hal ehwal rumah tangga mereka, kata Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida berkata, Wanita PKR akan melancarkan “kempen tandatangan” seluruh negeri bagi menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih prihatin dalam menjaga kebajikan surirumah dengan menyalurkan BR1M 2015 yang dikhaskan kepada surirumah.
“Sudah terbukti bahawa wanita bertanggungjawab dan lebih teliti dalam pengurusan belanjawan isi rumah. Dengan itu, surirumah perlu diberi pengiktirafan dalam mengendalikan ekonomi rumah tangga dengan bijak.
Katanya, penyaluran BR1M kepada surirumah akan memberi peluang dan ruang kepada wanita untuk memainkan peranan secara aktif membangunkan negara serta mendidik anak generasi akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.