Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan pada Selasa , jalan-jalan tersebut, termasuklah Jalan Ipoh, Jalan Khidmat Usaha dan Jalan Duta , yang dinamakan semula dengan mengambil nama Yang di-Pertuan Agong yang terdahulu.
Jalan Ipoh, yang menghubungkan Jalan Segambut ke Jalan Pahang, dinamakan sebagai Jalan Sultan Azlan Shah.
Jalan-jalan lain iaitu Persiaran Duta kini akan dirujuk sebagai Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin manakala Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan dikenali sebagai Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin.
Lebuhraya Mahameru ditukar namanya kepada Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Mahameru kepada Persiaran Tuanku Ja'afar dan Jalan Semarak kepada Jalan Sultan Yahya Petra.
"Pemasangan papan tanda baru akan bermula pada Rabu, 26 November," kata DBKL di halaman Facebooknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.