SUNGAI LALANG – Penduduk di Taman Aman Suria dan Seroja mendakwa air
sungai di belakang rumah mereka hitam dan berbau busuk dipercayai
berpunca dari sisa buangan kilang berhampiran.
Penduduk, Shukri Latif, 33, berkata, masalah itu kini mengganggu keselesaan penduduk.
"Masalah ini sudah lama dan kami telah membuat aduan kepada beberapa pihak, tetapi masih tiada tindakan," katanya kepada Sinar Harian.
Ng Weng Seng, 30, pula mendakwa, sungai terbabit dijadikan lokasi membuang sisa buangan dari kawasan berdekatan.
"Jika lihat ke sungai masih ada kesan sisa buangan hingga menyebabkan air menjadi hitam dan busuk,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd Latif Hasan, 40, berkata, beberapa aduan telah dibuat kepada pihak berwajib dan kilang berdekatan namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan.
"Kami terpaksa tutup pintu dan tingkap kerana tidak tahan baui busuk," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, masalah itu sudah mendapat perhatian kerajaan negeri.
“Setakat ini, kita beri tempoh dan ruang kepada pengusaha kilang untuk mengatasi masalah ini,” katanya.
Menurutnya, tempoh itu bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka menaik taraf teknologi memproses sisa buangan atau mencari pendekatan lain.
“Kita juga memahami proses tersebut mengambil masa dan memerlukan peruntukan besar,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.