Halaman

Selasa, 2 Disember 2014

Resolusi lindungi tanah warisan Melayu

 Oleh ARIF ATAN


GEORGETOWN: Agensi kerajaan atau badan berkanun seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangun an Bandar (UDA) digesa mem beri tumpuan pada pem bangunan tanah milik orang Melayu sebagai amanah dan bukan hanya atas pertimbangan keuntungan, kata pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Penegasan tersebut antara rumusan resolusi Persidangan Meja Bulat NGONGO Melayu Pulau Pinang anjuran Lajnah Tanah PAS negeri itu, 23 November lalu yang turut dihadiri ahli akademik, profesional dan komuniti masyarakat dari pelbagai latar belakang politik.

Selain itu, persidangan itu turut memutuskan supaya undang-undang berkaitan tanah digubal supaya Pulau Pinang memiliki Tanah Rizab Melayu manakala agensi kerajaan yang bermatlamat bagi membantu kepentingan Melayu dilakukan rombakan semula.

Mazlan berkata, Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan Enakmen Warisan Ne geri Pulau Pinang 2011 juga perlu dipinda dengan menambah peruntukan ber kaitan Tanah Warisan Melayu bagi me lindungi aset berkenaan.

“Penamaan asal bagi perkampungan termasuk  nama jalan dan taman perumahan mesti dikekalkan bukan ditukar sewenangwenangnya sehingga melenyapkan nilai budaya dan sejarah setempat.

“NGO gabungan sebagai badan teras masyarakat Melayu dalam memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang perlu segera ditubuhkan,” ujarnya lagi dalam persidangan yang dirasmikan Timbalan Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamad Sabu.

Program di Hotel Sentral Seaview itu juga melibatkan pembentangan kertas kerja pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid; pensyarah Universiti Teknologi Petronas, Prof Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican; konsultan har tanah, Dr Zulkefli Ahmad (Hartanah) dan Setiausaha Kanan Exco Pe rumahan, Pengurusan Ba ngunan dan Kehidupan Bandar, Kerajaan Ne geri Selangor, Lt (B) Kamaruzaman Ahmad Nor.

“Cadangan dan agenda bertindak dikemukakan. Me kanisme menangani isu tanah dan perumahan di Selangor dan Johor yang di bentang sebagai per banding an baik sebagai panduan dan penambahbaikan di Pulau Pinang,” kata Mazlan Aliman lagi.

Mengulas lanjut inisiatif PAS merungkai penyelesai an berkenaan kemelut ta nah di Pulau Pinang, Maz lan berkata, langkah ter sebut yang akan diperluas ke seluruh negara bagi membantu usaha menjadikan polisi berkaitan pembangunan hartanah men jamin hak dan kepentingan masyarakat sekali gus memperkukuh kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.