SUATU masa dulu setiap aksi membabitkan The Red Giants
penyokong tegar pasti hadir ke venue bersama kibaran bendera Selangor
pelbagai aneka jenis dan saiz demi membakar semangat juang pahlawan
Gergasi Merah.
Namun perubahan zaman diikuti pengaruhi bolasepak moden menvariasikan lagi pelbagai aksesori yang boleh dibawa penyokong ke stadium seperti mafla, alat bunyian, gendang dan sebagainya sekaligus meminggirkan trend membawa bendera yang pernah memeriahkan suasana di stadium.
Bagi menyemarakkan semula trend membawa semula bendera ke stadium, UltraSel ekor Gergasi Merah mengambil inisiatif membarakan Satu Penyokong, Satu Bendera ke stadium yang mana hasilnya usaha ini kemudiannya dibarakan dengan sokongan padu penyokong setia Red Giants lain.
Presiden Demi Selangor (D'Sel DE), Sazlee Hanaffi Mohd Yusof dari Klang menyambut baik usaha diambil penyokong tegar Selangor ini berkata, komrad D'Sel juga telah menyahut seruan UltraSel.
"Saya memang sokong kempen yang ada kena mengena ke arah mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Selangor...kerana dulu tiada mafla dan aksesori lain.
"Kempen positif begini secara tak langsung suntik semangat juang pemain Selangor bermain penuh semangat demi maruah bendera Merah Kuning," katanya.
Komrad D'Sel DE dari Sepang, Shah Hilal Ramley juga senada dengan rakannya berkata, usaha dilakukan UltraSel sewajarnya mendapat sokongan padu penyokong Gergasi Merah lain.
"Jika diperhatikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini kempen di media sosial mula mendapat sokongan penyokong Red Giants, bila mereka tidak lagi bawa mafla atau alat bunyian ke stadium tetapi membawa bendera Selangor ke stadium.
"Kita perlu sahut seruan UltraSel, satu penyokong, satu bendera setiap kali ke stadium....bukan ahli UltraSel sahaja yang bawa bendera, tetapi juga semua sekali penyokong Gergasi Merah...kita kembalikan zaman bendera, kibarkan bendera tanda simbolik sokongan padu terhadap negeri Selangor tercinta ini," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.