HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Mac 2015

DAP tak turut serta #KitaLawan

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: DAP tidak akan mengambil bahagian dalam Himpunan #KitaLawan Sabtu ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak pernah mengarahkan ahlinya menyertai perhimpunan yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perhimpunan #KitaLawan diadakan untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Kami tidak terlibat dalam program itu. Kami bukanlah pihak penganjur. Butiran lanjut mengenai program tersebut juga kami tiada," kata Loke kepada The Star Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata ahli DAP tidak dilarang daripada menyertai himpunan tersebut.

Kali pertama Himpunan #KitaLawan diadakan pada 7 Mac lalu di luar pusat beli-belah Sogo, di Kuala Lumpur.

Perhimpunan yang akan diadakan esok juga dijangka kecoh apabila peserta himpunan didakwa akan mengganggu majlis resepsi anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa selamat diijabkabulkan dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev minggu lalu.

Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, bersama dengan keluarga Daniyar akan mengadakan resepsi perkahwinan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.

Tiada ulasan: