Beberapa
kawasan di sekitar bandar raya Kuantan akan mengalami gangguan bekalan
air berikutan kerja-kerja pemasangan Injap Kawalan dan Flow Meter Non
Revenue Water (NRW) di Loji Air Semambu Fasa 1 oleh Pengurusan Air
Pahang Berhad (Paip) pada 25 Mac ini.
Pegawai Perhubungan Awam/Komunikasi Korporat Paip Nurul Farhana Abdul
Hamid kerja-kerja berkenaan akan dimulakan pada jam 8 pagi dan dijangka
siap pada 8 pagi keesokannya.
"Gangguan bekalan air itu akan melibatkan seluruh kawasan Beserah
sehingga sempadan Chendor dan seluruh kawasan perumahan Indera Mahkota
1-6, seluruh kawasan kiri.
"Selain itu, kawasan yang turut terlibat ialah bahagian kanan Jalan
Sungai Lembing, Jalan Gambang dari Medan Warisan hingga Kampung Sri
Fajar dan simpang Batu 6 Jalan Pekan hingga Kampung Ubai," katanya dalam
kenyataan.
Gangguan bekalan air itu akan melibatkan 29,500 akaun pengguna. Bernama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.