PENGGUNAAN gelaran doktor oleh individu yang tidak
bertauliah dalam bidang perubatan untuk menjual produk kecantikan dan
kesihatan perlu dipandang serius oleh semua pihak.
Timbalan Presiden Persatuan Perubatan Integrasi Profesional Malaysia (Mimpa), Dr Hidayatul Radziah Ismawi berkata, perkara ini dibimbangi akan memberi implikasi terhadap keselamatan dan kesihatan orang ramai.
“Orang ramai mungkin akan keliru dan tidak dapat membezakan antara pengamal perubatan bertauliah dengan individu yang tidak bertanggungjawab sekali gus membolehkan mereka ditipu.
“Pengguna mungkin akan terpedaya dan mengikut saranan serta nasihat mereka ini apabila membuat keputusan berkenaan keadaan kesihatan mereka termasuk kaedah rawatan dan penggunaan produk yang tidak selamat,” katanya kepada Sinar Harian.
Dr Hidayatul Radziah berkata, jika hal tersebut berlaku, pengguna di luar mungkin akan menggantikan produk dan kaedah rawatan yang telah disarankan doktor bertauliah sebelum ini.
“Ini sekali gus boleh membawa kelewatan mendapatkan khidmat perubatan dan mendorong kepada komplikasi penyakit akibat penggunaan produk yang tidak sewajarnya.
“Selain itu, pemberian harapan palsu kepada pesakit dengan menjanjikan keputusan yang tidak realistik juga akan berlaku oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Menurut Dr Hidayatul Radziah, proses untuk menghasilkan ubat yang efektif bagi merawat penyakit dan tidak memudaratkan pengguna mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan.
“Terdapat pelbagai peringkat perlu dijalankan termasuk mengenal pasti kandungan aktif, ujian pada haiwan dan peringkat ujian pada manusia untuk mengenal pasti keberkesanan dan juga kesan sampingan yang mungkin wujud.
“Proses ini dikawal ketat oleh badan pengawasan antarabangsa bagi menjamin keselamatan pengguna. Namun produk yang dijual oleh golongan ini kebiasaannya tidak melalui proses sama,” katanya.
Kebanyakan produk yang dijual individu bukan pengamal perubatan bertauliah di pasaran lebih banyak dilabel sebagai suplemen untuk mengelakkan syarat ketat yang dikenakan kepada ubat.
“Sekiranya berlaku komplikasi rawatan dan memudaratkan pengguna mereka golongan tersebut tidak akan bertanggungjawab kerana tidak mempunyai badan pengawasan,” katanya.
Pengguna perlu percaya Dr bertauliah
Dr Hidayatul Radziah turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan individu yang mementingkan keuntungan sahaja.
“Kenapa dahulu perasaan ragu-ragu akan timbul apabila kita mendengar orang tepi jalan menjual segala macam tonik dan ubat merawat pelbagai penyakit?
“Tetapi hari ini kita dengan mudah percaya pada produk sedemikia n yang dijual melalui atas talian terutamanya apabila testimoni dari pelanggan berpuas hati turut dikongsi,” katanya.
Jelanya, walaupun saudara mara atau jiran yang dikenali mengatakan ubat tersebut berkesan, tetapi sebaiknya, kita perlu berhati-hati kerana ubat yang sama tidak mungkin berkesan kepada kita bahkan boleh membawa mudarat.
“Sekiranya produk tersebut mendakwa keberkesanan yang di luar batasan, menjanjikan keputusan serta-merta dan mampu merawat pelbagai penyakit dengan ubat yang sama maka berwaspadalah.
“Jika individu yang menjual ubat tersebut atau kaedah rawatan tersebut mempunyai gelaran palsu yang ditokok tambah untuk kelihatan lebih gah dan tidak berdaftar sebagai pengamal perubatan di The Malaysian Medical Council (MMC), maka berwaspadalah,” katanya.
Dr Hidayatul Radziah juga menyatakan di Malaysia sebarang produk ubat-ubatan dan kosmetik perlulah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Pastikan ubat atau produk berkenaan berdaftar dan diluluskan. Ubat yang berdaftar mempunyai hologram dan nombor pendaftaran bermula MAL (bagi ubat) dan NOT (bagi kosmetik),” katanya.
Menurutnya lagi di era teknologi sekarang, orang ramai mempunyai pelbagai sumber rujukan di hujung jari dan apa yang penting pengguna perlu memastikan soal kesihatan dan keselamatan diri.
“Saya berpendapat, sudah tiba masanya orang ramai meletakkan kepercayaan kepada perubatan profesional yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan untuk membantu mereka membuat pilihan terbaik berkenaan kesihatan mereka.
“Pengguna perlu memilih sumber yang boleh dipercayai termasuklah merujuk kepada pengamal perubatan yang bertauliah dan tidak terpengaruh dengan golongan yang menggunakan gelaran palsu serta hebahan di laman-laman sosial tanpa asas saintifik,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.