Halaman

Selasa, 24 Mac 2015

Keabsahan Akta Hasutan di tangan mahkamah

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman sama ada Akta Hasutan 1948 selari dengan perlembagaan dalam kes tuduhan ke atas pensyarah undang-undang Azmi Sharom.

Mahkamah hari ini mendengar hujah daripada kerajaan dan peguam kepada Azmi dalam kes tersebut.

Peguam kedua-dua belah pihak mengemukakan hujah berhubung soal sama ada undang-undang era penjajah masih dianggap sah kerana ia digubal oleh satu majlis perundangan.

Perkara itu menjadi pertikaian kerana Perkara 10 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya Parlimen boleh menggubal undang-undang yang mengehadkan kebebasan bersuara.

Tarikh bagi penghakiman kes tersebut masih belum ditetapkan. Keputusan kes tersebut akan memberi kesan kepada kes lain yang sedang disiasat polis dan juga didakwa di bawah Akta Hasutan.

Pada tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya 20 orang telah disiasat atau ditahan di bawah Akta Hasutan. Data dari NGO hak asasi Amnesty International’s Malaysia (AIM) menunjukkan seramai 29 orang telah disiasat mengikut akta tersebut pada tahun lalu.

Kes tersebut didengar di hadapan panel hakin yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bersama empat hakim iaitu Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.

Kes tersebut bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana Azmi dituduh mengikut Akta Hasutan atas kenyataan yang dibuatnya dalam satu tulisan berhubung krisis menteri besar Selangor tahun lalu.

Mahkamah Tinggi bersetuju pada 5 November lalu untuk merujuk Mahkamah Persekutuan untuk membuat memutuskan dua persoalan:

Sama ada Seksyen 4(1) bercanggah dengan Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan, dan sama ada undang-undang itu dianggap sah mengikut perlembagaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.