KUALA LUMPUR - Semua polisi insurans am akan tertakluk kepada Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mungkin terdapat kenaikan dalam kos
insurans untuk orang yang tidak berdaftar GST, kata Persatuan Insurans
Am Malaysia (PIAM).
"Bagaimanapun, jika anda adalah orang yang berdaftar GST, anda boleh tuntut kredit cukai input ke atas GST yang dibayar anda ke atas polisi daripada kastam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ia juga berkata, jika sesuatu polisi itu dimulakan pada atau selepas 1 April 2015, walaupun pembaharuan telah dibuat lebih awal, pemegang polisi akan mempunyai GST penuh 12 bulan atas premium tahunan.
"Syarikat insurans anda akan mengutip jumlah ini daripada anda pada atau selepas 1 April 2015," kata PIAM.
Menurutnya, untuk pengenaan GST ke atas polisi insurans am, syarikat insurans akan mengeluarkan invois cukai untuk jumlah premium akan dikenakan dan GST sesuai ke atas premium ini, dan kemudian nombor pendaftaran GST syarikat insurans akan muncul atas invois cukai itu, katanya.
"Ia adalah tanggungjawab syarikat insurans untuk mengutip GST yang dikenakan itu dan mengirim wang ini kepada kastam dalam tempoh ditetapkan oleh kerajaan. "Oleh itu, pengguna perlu membayar GST dengan segera," kata PIAM.
PIAM adalah persatuan perdagangan nasional syarikat langsung dan insurans semula berlesen untuk insurans am di Malaysia yang kini mempunyai 29 syarikat anggota. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.