ALOR SETAR - Pas Kawasan Kuala Kedah menyatakan sokongan mereka
terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengekalkan
jawatannya sebagai presiden parti itu.
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 Pas Kawasan Kuala Kedah semalam, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan jawatan Timbalan Presiden.
Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Idris Ahmad pula dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden.
Bekas Yang Dipertua Pas Kuala Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, Abdul Hadi dilihat sebagai pemimpin yang popular.
"Kelebihan utama Hadi ialah beliau adalah penyandang sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mesyuarat itu turut menyaksikan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Amirudin Hamzah dilantik sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah yang baharu, menggantikan Phahrolrazi.
Phahrolrazi, memutuskan tidak bertanding bagi memberi fokus kepada Pasma, selain memberi peluang kepada kepimpinan baharu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.