PROTON Holdings Berhad (Proton) akan menawarkan
diskaun sehingga 50 peratus terhadap pembelian alat ganti tulen terpilih
sempena Karnival Alami Proton yang dianjurkan di Angsana Mall, di Johor
Bahru, mulai 2 hingga 5 April depan.
Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini berkata, pihaknya turut memberi potongan sehingga 20 peratus terhadap pembelian barangan R3 dan 30 peratus untuk barangan jenama Proton Lifestyle, sepanjang karnival tersebut.
"Selain itu, pengunjung karnival juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan keselamatan kenderaan secara percuma, memandu uji pelbagai model kereta Proton khususnya Iriz dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik termasuk 'gymkhana', demonstrasi pasukan Proton R3, pameran interaktif, pertunjukan kereta dan acara hiburan," katanya.
Karnival itu yang dibuka percuma kepada umum dari pukul 10 pagi hingga 7 petang, dianjurkan secara usahasama antara Proton, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.