shahbudindotcom
Ia sama-sekali berbeza dengan badan dakwah sukarela yang hanya mencari keredaan Tuhan tetapi tidak bergantung kepada kuasa.
Penyertaan
Pas dalam banyak pilihanraya sejak penubuhannya dan gerak kerja
kempennya yang bersungguh-sungguh dalam merebut kuasa atau mengekalkan
kuasa adalah petanda jelas bahawa kuasa memang keutamaan dalam
perjuangannya.
Disebabkan
kepentingan kuasa, walaupun Pas sejak lama memperjuangkan hudud, ia
pernah merehatkan agenda itu dengan menjadikan konsep negara kebajikan
sebagai gantinya sejak 2008 apabila bekerjasama dengan PKR dan DAP.
Konsep
negara kebajikan ini menjadikan Pas semakin dekat dengan pengundi bukan
Islam sehingga mampu menang di banyak kawasan pilihanraya di Selangor,
Perak, Johor dan lain-lainnya.
Presiden
Pas, Haji Hadi Awang dalam video yang boleh ditemui dalam youtube
pernah menyebut bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi masalah
pengangguran tidak diselesaikan kerana kejadian curi misalnya ada hubung
kait dengannya.
Tetapi
kenyataan mutakhir beberapa pemimpin Pas setelah isu hudud bangkit
kembali sekarang ini barangkali memeningkan kepala ahli-ahli parti itu
sendiri. Haji Hadi berkata, wawasan Pas ialah akhirat dan bukannya
setakat 2020 saja.
Ia
adalah jawapan beliau sehari selepas Dun Kelantan meluluskan pindaan
enakmen bagi melaksanakan hudud di negeri itu. Kenyataan ini memberi
gambaran bahawa Pas lebih mementingkan akhirat dan sanggup kehilangan
undi, sokongan dan kuasa semata-mata kerana ingin melaksanakan hudud.
Kenyataan
ini tentunya tidak selari dengan sejarah bagaimana undang-undang hudud
ini telah tertangguh untuk dilaksanakan sejak lebih 22 tahun lalu,
bahkan ia juga pernah direhatkan untuk digantikan dengan negara
kebajikan. Lebih dari itu, Haji Hadi pernah menyatakan hudud tidak boleh
dilaksanakan selagi ada masalah pengangguran.
Mursyidul
Am Pas yang baru, Dr Harun Din pula berkata, parti itu meletakkan
perjuangan menegakkan hukum hudud jauh lebih penting daripada kerjasama
dalam PR.
Katanya, perjuangan menegakkan hukum hudud sudah sebati dengan Pas dan tidak akan berganjak daripadanya.
Kenyataan
Dr Harun Din ini juga memberi erti bahawa Pas lebih rela kehilangan
undi, sokongan dan tidak lagi memikirkan kuasa di masa depanndemi untuk
melaksanakan hukum hudud itu.
Sebagai
parti politik yang dalam masa sama mahu mencari keredaan Tuhan, Pas
tidak seharusnya lupa atau malu-malu kepada kuasa yang mahu dikejarnya.
Berbanding ada kuasa dengan tiada kuasa, lebih banyak keredaan boleh
dilakukan jika kuasa dalam genggaman.
Malangnya,
Haji Hadi dan Dr Harun seperti tidak ingin kuasa sekarang ini. Ia
secara langsung bertentangan dengan matlamat Pas itu sendiri sebagai
sebuah parti politik.
Mungkin
ini juga menyebabkan ahli Pas sendiri berpecah. Lebih ramai rasanya
dalam Pas yang ingin mengambih alih kuasa UMNO bagi menyelamatkan negara
dan rakyat dari terus dirompak di siang hari sebagaimana yang berlaku
sekarang.
Menyelamatkan
negara juga adalah jihad dan mungkin lebih besar keredaannya daripada
Tuhan. Keberanian yang sedang dilakukan oleh banyak pihak terhadap
kerajaan sekarang juga bertujuan untuk menyelamatkan masa depan negara.
Mungkin Haji Hadi dan Dr Harun tidak nampak perkara ini, sebaliknya
hanya melihat hudud satu-satunya punca keredaan Tuhan.
Jawapan
kepada persoalan ini sebenarnya adalah sepertimana yang dinyatakan
dengan berani oleh bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin bahawa
Pas memerlukan perubahan kepimpinan sekarang ini.
Katanya,
krisis yang dihadapi Pas sekarang ialah berkaitan pemikiran
kepimpinannya dan jika kepimpinan sekarang menunjukkan ada unsur-unsur
kelemahan, maka ia perlu diubah sesuai dengan hak yang diberi kepada
perwakilan serta dibenarkan oleh perlembagaan parti.
Tidak
syak lagi bahawa Nizar menyedari pimpinan Pas sedia ada sudah tidak
relevan lagi untuk meneruskan perjuangan parti itu sebagai sebuah parti
politik. Keberanian beliau menyatakan perkara penting ini seharusnya
disambut baik demi masa depan dan survival Pas sendiri.
Dengan
keadaan lebih terbuka untuk meraih kuasa, Pas memang selayaknya
dipimpin dan dikemudi oleh watak yang betul pemikiran dan perjuangannya,
bukan lagi oleh sosok dan pemikiran seperti Haji Hadi dan Dr Harun
Din.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.