Halaman

Selasa, 21 April 2015

Demo Isu Salib Gereja di Taman Medan Petaling Jaya. Tercabar dan Tergugat Akidah Mereka?




Demo Isu Salib Gereja di Taman Medan Petaling Jaya. Tercabar dan Tergugat Akidah Mereka? : Dengan cara konfrantasi, bagaimana mahu menggambarkan bahawa Islam itu indah, Islam itu Indah, Islam itu cantik, Islam itu relevan, Islam itu penuh dengan Kasih Sayang.
Kenapa kita selalu mahu dilihat lemah kepada agama lain? Mengapa dengan meliaht salib sahaja sudah boleh tergugat imankah?
Sooo… fragile
gereja taman medan


BACA BERITA INI JUGA : Gerakan Kristianisasi Di Malaysia : Evangelist Paling Aktif Murtadkan Umat Islam Malaysia?

Jikalau gereja Kristian di Taman Medan, petaling Jaya tidak kacau orang, tidak hasut orang mengapa mahu melatah. Negara ini bukankah ada undang-undang. Dan telah termaktub dalam perlembagaan yang setiap agam aada hak masing-masing untuk beragama.

Sudahlah. Kita rakyat Malaysia banyak lagi ada agenda untuk mengangkat bangsa dan rakyat Malaysia di masa ekonomi hari ini cukup mencabar.
  • Ada surau, sunyi sepi tanpa aktiviti
  • Ada masjid dibina semegah-megah tiada masa untuk datang
  • Di masjid ada majlis ilmu tidak kelihatan, sibuk katanya
  • Tetapi…..jikalau ada demo contohnya isu gereja salib di Taman Medan Petaling Jaya, akan saya datang dan tentangggg sehingga titisan darah yang terakhir. Ermmmm….Iyalah.
P/S : Mengapa mahu mengganggu kedai lain, sedangkan kedai sendiri tidak diuruskan dengan baik, bocor sana-sini? Jikalau kedai sendiri ditabdir dengan baik, bisnes maju datanglah 100 kedai pesaing lain sekalipun tidak akan tercabar.

PP/S : Di Lutong, Miri Sarawak ada masjid dan gereja cuma dipisahkan pagar sahaja. Agak-agak berapa kali gereja di sana berhadapan demo ya? Erm….Hakikatnya. Setiap kali solat jumaat, pihak gereja akan membuka pagar untuk membenarkan jemaah meletakkan kereta bagi mengurangkan kesesakan. begitulah sebaliknya.
PPP/S : Berita Semasa menentang mana-mana perniagaan dan pertubuhan yang tidak berlesan tetapi Berita Semasa sekali tidak bersetuju demo dibuat dek kerana operasi agama lain.

 LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.