KUALA KRAI - Selepas lebih tiga bulan banjir besar melanda daerah ini,
masih ramai dalam kalangan penduduk yang berdepan kerosakan rumah keliru
dengan syarat baik pulih yang ditentukan kerajaan.
Rata-rata mendakwa telah membuat permohonan dengan mengisi borang yang diagihkan pemimpin kepada mereka, namun malangnya sehingga kini masih ramai yang tinggal di rumah yang belum dibaik pulih.
Mereka mendakwa keliru berkaitan syarat mempunyai geran tanah yang ditetapkan untuk kerja-kerja baik pulih rumah kerana turut mendakwa mendapat maklumat daripada pihak lain yang mengatakan syarat tersebut adalah tidak perlu.
Kebanyakan mangsa banjir berharap kediaman mereka dapat dibaik pulih sebelum tibanya Ramadan dan Syawal tidak lama lagi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Manek Urai Selatan, Che Din Noh berkata, kini sembilan rumah penduduk yang mempunyai geran telah pun dibaiki.
“Jumlah keseluruhan rumah yang diluluskan untuk dibaik pulih pula sebanyak 170,” katanya.
Bagi Che Din, sebagai pemimpin, beliau amat berharap kerja-kerja baik pulih rumah mangsa dipermudah dan dipercepatkan.
Katanya, terdapat juga penduduk di kampung berkenaan yang tidak menyerahkan semula borang baik pulih rumah yang diagihkan kepada mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan