HALAMAN SANTAI

Isnin, 20 April 2015

Permohonan Rumah PR1MA 2015 di Selangor Kena Tolak? Harga Mampu Milik RM250,000 Bukannya RM400,000!




Permohonan Rumah PR1MA 2015 di Selangor Kena Tolak? Harga Mampu Milik RM250,000 Bukannya RM400,00! 

Setakat ini sudah seramai 500,000 permohonan rumah PR1MA telah dihantar oleh rakyat marhaen yang tercari-cari apa yang dipanggil sebagai rumah mampu milik di atas bumi yang bernama Malaysia sekaligus menjadi sebahagian penghuni bagi 80,000 rumah mampu milik bagi fasa kedua secara online. Adakah anda salah seorang daripadanya yang berjaya memilik rumah PR1MA 2015 kelak?

pr1ma 2015
  • Rumah PR1MA dibuka bagi gaji pendapatan antara RM2500 hingga RM7500
    Penerima rumah mampu milik PR1MA akan mendapat diskaun sejumlah 20% daripada harga pasaran. Katanya….
BACA SINI : Skim Sewa Beli Rumah PR1MA PRIMA Khas Untuk Rekod CCRIS Kurang Elok, Gagal Pinjaman Perumahan Bank!

Bagi Rumah PR1MA Selangor sudah 8,740 unit rumah masih dalam pembinaan. Walaubagaimanpun, bagi permohonan rumah PR1MA 2015 di kerajaan Malaysia bagi projek baru PR1MA di Selangor perlu mematuhi garis panduan dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Butirannya seperti di bawah ini :

 

Syarat Permohonan Rumah Pr1MA 2015 di Selangor Bagi Tuntutan Tanah?

  • Kerajaan Selangor sama sekali tidak menolak bulat-bulat Projek Perumahan rakyat 1Malaysia (PR1MA) tetapi harus mematuhi garis panduan yang ditetapkan
  • Harga rumah PR1MA 2015 Selangor yang dibina perlu ditawarkan harga siling (maksimum) RM250,000 bukannya Rm400,000 yang ditetapkan kerajaan Malaysia sekarang
  • Ini kerana kerajaan Selangor merasakan harga rumah PR1MA bukannya harga mampu milik seperti yang dicanang kerajaan Malaysia sekarang
Jikalau kerajaan Malaysia tidak mematuhi garis panduan projek rumah PR1MA 2015 Selangor kali ini, kerajaan Selangor sama sekali tidak akan memeruntukkan tanah bagi projek perumahan PR1MA tersebut.

Setakat ini syarikat pemaju berstatus mega seperti Sime Darby, IJM dan juga Sin Heap Lee juga ada menawarkan rumah perumahan yang benar-benar mampu milik kepada rakyat Selangor. Jikalau mereka boleh, mengapa tidak projek perumahan PRIMA?

P/S : Apa pula kata anda dengan projek perumahan PR1MA 2015 setakat ini? Sertai undian khas Berita Semasa di sini, “Berpuas Hati Mekanisme Perumahan PR1MA Rumah Mampu Milik?


Tiada ulasan: