Naib Presidennya, Mohd Rafizi Ramli berkata, keputusan kerajaan itu menyebabkan ada syarikat swasta memperoleh komisyen sebanyak 15 peratus.
"Keseluruhan skim ini telah pun diswastakan kepada Iris Corp Berhad yang kemudiannya menubuhkan sebuah usahasama dengan syarikat Global Blue yang berpengkalan di Switzerland. Syarikat usahasama ini diberikan konsesi selama lima tahun untuk menguruskan skim pembayaran balik semula GST kepada pelancong.
"... sebagai habuan, syarikat usahasama ini akan dibayar komisyen sebanyak 15 peratus dari jumlah pembayaran balik GST kepada pelancong," katanya dalam sidang media, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mesti rakyat Malaysia tak puas hati, kata Rafizi]
Menurutnya lagi, jika kerajaan terus komited melaksanakan skim tersebut, pengutipan skim tersebut sebaiknya dilaksanakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais.
Jelasnya lagi, dengan langkah tersebut, komisyen 15 peratus yang diberi kepada syarikat swasta itu boleh dikekalkan sebagai pendapatan negara dan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan lain.
"Komisyen yang diberikan menjadi keuntungan kepada syarikat swasta dan syarikat antarabangsa. Ini seolah-olah memberi gambaran ada pihak menikmati keuntungan dari penswastaan GST sedangkan rakyat adalah golongan majoriti yang menanggung beban pelaksanaannya.
"Saya seru kepada kerajaan untuk mengkaji semula kaedah penswastaan ini dan memendekkan konsesi yang diberikan kepada syarikat usahasama swasta itu supaya hasil kutipan GST oleh kerajaan tidak tiris kepada syarikat swasta yang mendapat konsesi seperti ini," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.