SHAH ALAM - Kongres Profesional Muslim 2015 menggariskan tujuh
resolusi termasuk memberi ruang kepada penyelesaian cara Islam dalam
pelbagai bidang kehidupan manusia susulan kaedah sedia ada telah gagal
menyelesaikan kemelut melanda.
Pengarah Kongres, Ir Prof Dr Hairul Azhar Abdul Rashid berkata, pihaknya menyedari dunia sentiasa dilanda krisis baik dari segi ketenteraan, politik, ekonomi mahupun sosial dan memahami pentingnya semua tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang berganding bahu memberi pelbagai sumbangan membawa Malaysia dan dunia ke arah sebuah suasana kehidupan yang maju, cekap, adil, aman dan berharmoni.
“Dunia dan Malaysia perlu memberi peluang kepada penyelesaian secara Islam dalam pelbagai bidang kehidupan manusia untuk menyelesaikan kemelut yang melanda dunia hari ini yang telah gagal diselesaikan oleh sistem dan kaedah penyelesaian sedia ada.
“Profesionalisme ialah sifat-sifat adil, jelas dan rasional berasaskan kepada kekuatan ilmu dan hujah yang perlu dimiliki semua orang khususnya golongan profesional iaitu mereka yang mempunyai ilmu, dan kemahiran yang diiktiraf di dalam sesuatu bidang tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, resolusi lain pula menyebut bahawa golongan profesional ini mempunyai tanggungjawab untuk bekerjasama dengan golongan ulama mengikut kepakaran masing-masing.
“Golongan profesional selain daripada bidang kesarjanaan Islam seperti bidang sosial, ekonomi, undang-undang, perubatan, kejuruteraan dan pelbagai lagi mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sangat besar dalam berganding bahu dengan profesional bidang agama atau ulama mengikut keperluannya masing-masing.
“Mengambil kira dunia kesarjanaan Islam sebagai satu bidang ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, maka ulama juga adalah sebahagian daripada golongan profesional sama seperti mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, di dalam bidang-bidang lain, maka dualism dan dikotomi golongan profesional dan golongan ulama harus dihapuskan,” katanya.
Selain itu, resolusi lain yang turut digariskan ialah mengiktiraf organisasi gerakan Islam yang dipimpin golongan ulama yang berasaskan al-Quran, hadis, qias dan ijmak.
“Mengiktiraf bahawa sesebuah organisasi gerakan Islam mestilah dipimpin oleh mereka yang lebih berilmu dan berkemahiran dalam prinsip dan dasar nya iaitu al-Quran, Hadis, Qias dan Ijmak, iaitu golongan ulama sesuai dengan sifatnya yang profesional dalam bidang kesarjanaan Islam.
“Bersetuju untuk membentuk gabungan NGO profesional yang menggabung-jalinkan pelbagai bidang profesional, daripada kejuruteraan dan undang-undang sehinggalah ke kesarjanaan Islam.
“Bahawa usaha ke arah membina sebuah cara hidup maju, adil, aman dan berharmoni berasaskan Islam perlulah disokong oleh semua pihak dan diterajui oleh sebuah organisasi gerakan Islam yang terbukti kejelasan perjuangannya dan kekukuhan prinsip Islamnya,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.