Halaman

Ahad, 5 April 2015

Siasatan nahas helikopter termasuk elemen jenayah, cuai

THE MALAYSIAN INSIDER



Semalam, helikopter yang dinaiki 6 penumpang termasuk Jamaluddin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 5 April, 2015.Semalam, helikopter yang dinaiki 6 penumpang termasuk Jamaluddin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin,



Siasatan terhadap punca nahas helikopter di Semenyih semalam yang meragut nyawa Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan 5 lagi, akan dijalankan meliputi pelbagai elemen, termasuk jenayah dan kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat mayat kesemua mangsa di samping mengumpul bahan bukti di lokasi kejadian.

"Siasatan bermula dari semalam iaitu selepas nahas berlaku dan untuk permulaan, kami membuka kertas siasatan di bawah 'mati mengejut'," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata selain Polis Diraja Malaysia, siasatan dari segi teknikal pula akan dilakukan oleh Jabatan Penerbangan Awam. Helikopter itu yang dinaiki enam orang, termasuk Jamaluddin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang semalam.

Noor Rashid berkata lokasi nahas juga ditutup kepada orang awam dan polis sedang mencari saksi-saksi di tempat kejadian untuk ditemu bual.

"Setakat ini kami merakam percakapan daripada 3 saksi iaitu orang kampung di kawasan ini," katanya. – Bernama,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.