Sekali pandang, tiada sebarang tarikan terhadap bangunan komersial yang terpinggir dan masih banyak tidak didiami.
Tiada sebarang papan tanda dan tingkap bangunan kelabu itu juga masih ditutup dengan kertas.
Daripada hampir 30 lot kedai dua tingkat, hanya lima perniagaan beroperasi, ketika lawatan Malaysiakini ke kawasan itu semalam.
Tetapi kini, keadaan sekitar itu kembali tenang.
Gereja kontroversi itu ditempatkan di tingkat atas bahagian hujung bangunan di pusat perniagaan Metro Square.
Terdapat empat blok komersial di situ.
Ia dikelilingi oleh Lebuh Raya Pantai Baru dan rumah pangsa kos rendah.
Paling terkenal Desa Mentari 2 di sebelah barat dan Taman Medan Cahaya di Tenggaranya.
Kesemua mereka ketika ditemui Malaysiakini enggan nama mereka disebut.
Seorang wanita malah bertanya tentang sekumpulan pemberita daripada penerbitan lain yang mewawancara mereka sebelum ini.
“Kalau kamu jumpa mereka lagi, bagi tahu jangan siarkan komen saya. Semuanya,” katanya.
Penduduk dan pekedai memberitahu Malaysiakini, penduduk di Desa Mentari 2 kebanyakannya kaum Melayu dan India.
Manakala di Taman Medan Cahaya pula difahamkan majoritinya orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.