SENDAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan,
Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda
serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahrol Halmi, akan
menghadiri pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Mereka akan hadir selepas ini...mereka memberi jaminan itu kepada saya," katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan syarahan dan berdialog dengan pelajar Universiti Tohuku di Sendai, Jepun sebentar tadi.
Media sebelum ini melaporkan Arul yang sepatutnya hadir memberi keterangan kepada PAC, dikatakan tidak berada dalam negara kerana sedang menjalankan urusan rasmi perniagaan.
Shahrol pula dilaporkan meminta penangguhan selama sebulan untuk bersedia menghadapi pendengaran itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, 1MDB berkata, Arul Kanda dan Shahrol bersedia hadir di depan jawatankuasa itu dan berpeluang untuk menjelaskan kedudukan syarikat berkenaan.
Minggu lepas, PAC telah memulakan siasatan ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu yang menghadapi pelbagai tuduhan berkaitan kedudukan kewangannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.