"KAMI hanya mampu beri anak minum susu pekat." Itu
pilihan yang terpaksa dibuat sepasang suami isteri terhadap anak bongsu
mereka berusia dua tahun.
Akibat desakan hidup yang dilalui, pasangan yang menyewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Kuala Lumpur ini, tidak mampu menyediakan susu berkhasiat buat anak mereka itu.
Sebelum ini Sinar Harian pernah melaporkan, pasangan suami isteri, Abdul Halim Abdul Khalil, 38, dan Norsidah Abu, 34, terpaksa memulakan hidup dengan membina sebuah rumah papan bawah kawasan pencawang berhampiran Taman Metropolitan Batu, di sini, setelah keluar dari rumah sewa mereka.
Kata Norsidah, dia dan suami tidak mampu memperuntukkan perbelanjaan untuk membeli susu formula.
“Susu bukannya murah. Kami tak mampu kerana banyak perbelanjaan lain yang diperlu didahulukan,” katanya.
Bagi Abdul Halim, mereka suami isteri rela berlapar untuk memastikan kesemua enam anak mereka dapat menjamah makanan setiap hari, walaupun hanya sekadar hidangan ubi kayu rebus ataupun bubur nasi.

http://myfunnyvideo.org/
BalasPadamTarian Giler