Halaman

Ahad, 3 Mei 2015

Keputusan Pilihanraya Rompin Pahang (PRK) : Ustaz Nazri (PAS) VS Datuk Hasan Arifin (BN). Mahathir Ramal Barisan Nasional Menang?




Keputusan Pilihanraya Rompin Pahang (PRK) : Ustaz Nazri (PAS) VS Datuk Hasan Arifin (BN). Mahathir Ramal Barisan Nasional Menang? Jikalau Pilihanraya Permatang Pauh merupakan kubu kuat Anwar Ibrahim sekaligus kubu kuat PKR dan Pakatan Rakyat. Berlainan pula dengan Pilihanraya Rompin Pahang (PRK) di mana ia merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

pilihanraya rompin

BACA BERITA PILIHANRAYA INI : Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh (PRK) : Wan Azizah (PKR) atau Suhaimi Sabudin (BN). Siapa Pilihan Anda 7 Mei 2015?

Apatah lagi melihatkan bekas ahli parlimen Rompin Pahang ini, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah pun meninggalkan legasi yang cukup kuat untuk ditembusi parti lawan terutamanya PAS yang akan turun menentang calon Barisan Nasional kelak.

Walaubagaimanapun keputusan pilihanraya Rompin (PRK) akan berbalik kepada bagaimana isu yang bakal berbangkit disepanjang kempen Pilihanraya Rompin (PRK) kali ini termasuklah :
  1. isu semasa 1MDB
  2. konflik negara membabitkan mantan Perdana menteri, Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Najib Razak
  3. isu GST
  4. Kos sara hidup

 

Keputusan Pilihanraya Rompin Pahang (PRK) : Barisan Nasional Menang?

Mahathir menjangkakan keputusan Pilihanraya Rompin Pahang (PRK) kali ini, akan tetap memihak kepada Barisan Nasional (BN) dek kerana kedudukan dan kesepakatan parti PAS berada di kedudukan yang lemah pada ketika ini walaupun BN, dengan perpecahan yang berlaku pada parti PKR (kata Mahathir Mohamad) bukannya berada dalam keadaan terkuat sekarang ini.
  • Calon Pilihanraya Rompin (PAS) : Ustaz Nazri
  • Calon Pilihanraya Rompin (BN) : Datuk Hasan Arifin
  • Tarikh Pilihanraya Rompin : 5 Mei 2015 (Selasa)
Beruntung penduduk Permatang Pauh dan rakyat Rompin disebalik kekesongan kerusi wakil rakyat mereka kosong. Dek kerana terdapatnya tawaran dan habuan serta peruntukkan berjuta-juta dengan kadar segera sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan mereka dipenuhi. Dan peruntukkan seperti itu hanya akan tiba dan kedengaran apabila berlangsung Pilihanraya Kecil walaupun rakyat tidak menuntut sekalipun. Nah…giliran kawasan mana pula selepas ini?

P/S : Pada pendapat anda siapa yang akan menang kali ini? Adakah…..?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.