Halaman

Khamis, 7 Mei 2015

Najib bapa kaum Madyan moden




Oleh AMNI JAGAT 


BAGI umat Islam, kaum Madyan sudah sinonim dalam penelitian pengetahuan seperti mana peristiwa yang banyak dituliskan di dalam kitab suci al-Quran.
Bagi yang bukan Islam pula mungkin tak ramai yang mengenali tentang perihal kaum tersebut.

Kaum Madyan dikenali sebagai kaum yang sentiasa melakukan kezaliman terhadap sesama makhluk. Kezaliman yang dilakukan adalah dengan mengadakan ketidak adilan dari segi pengagihan rezeki sesama manusia.

 Hal ini jelas di dalam al-Quran melalui Surah Hud ayat 84-88 di mana Allah SWT telah menjelaskan jijiknya sifat mereka yang memeras ugut sesama mereka sehingga didatangkan seorang Rasul (Nabi Syuaib AS) untuk menegur perbuatan mereka.

Apa yang berlaku dalam sejarah ketamadunan manusia di zaman nabi dulu adalah suatu cerminan sifat manusia, baik yang boleh menjadi ikutan ataupun yang menjadi sempadan. Perkara ini jelas apabila dalam Surah Hud ayat 83 di mana Allah SWT telah memberi amaran kepada mereka yang melakukan sifat zalim berkaitan dengan siksaan yang “tidak jauh” atau dengan maksud yang sama “dekat.”

Kalau diterjemahkan maksud di sebalik sifat zalim ini, ia adalah sifat yang dibenci oleh Allah Pencipta sekelian alam. Namun sayangnya sifat yang sudah lama ditimbus sejarah itu cuba dikambus semula oleh koruptor-koruptor yang memimpin di Malaysia hari ini. Zaman berubah dan terus berubah tetapi sifat jijik manusia bila ia sebati memang tidak akan boleh berubah atau diubah.

Kita di Malaysia hari ini dapat melihat di mana pengagihan rezeki yang sepatutnya diamanahkan kepada pemimpin dapat ditafsirkan tidak diagihkan dengan cara yang adil. Di Malaysia hari ini taraf ekonomi masyarakat umumnya sudah semakin merunsing dengan kos sara hidup yang tinggi sehingga makin ramai yang telah disahkan sebagai muflis.

Selain pada itu, taraf kemiskinan juga semakin ketara apabila graf menunjukkan taraf kemiskinan semakin meningkat dari hari ke hari.

Belum lagi dikhabarkan dengan keluhan pengguna atau rakyat yang menjadi manusia yang paling bawah yang merasakan desakan hidup berbekalkan gaji yang kecil dan tanggungan keperluan yang semakin menjerat. Bila kesempitan hidup ini sedang menghantui rakyat di Malaysia akhirnya datang pula suatu bala baru yang digelar GST.

Negara pengeluar bahan mentah seperti Malaysia sekali lagi berdaulat menjalankan suatu sistem yang mana terus menerus membebankan rakyat. Sekali lagi rakyat terdera dengan kerakusan pemerintahan di Malaysia.

Inilah yang dikatakan atau digelarkan kezaliman pada rakyat. Sejarah telah membuktikan kaum Madyan berlaku zalim terhadap pengagihan rezeki maka hari ini sifat kaum Madyan cuba ditiru oleh pemimpin Malaysia.

Cengkaman demi cengkaman telah direalisasikan oleh pemimpin di Malaysia. Bila rakyat bertanya dan memberi aduan, maka jawapan dari pihak menteri dijawab dengan akal yang cetek dan dangkal.

Harta negara seolah-olah dibayangi dengan hak ekslusif dan menjadi hak individu yang gemar menghabiskan harta negara dengan mengadakan benda-benda yang tidak berfaedah.

Bila harta negara menjadi hak persendirian maka mereka boleh membuat apa saja dengan harta negara tersebut. Samalah seperti kaum Madyan yang menidakkan teguran Nabi Syuaib AS berkenaan pengagihan harta yang selama ini diamalkan mereka. Dan teguran Nabi Syuaib AS seterusnya adalah berkenaan dengan rezeki yang datang dari Allah adalah untuk semua manusia.

Ternyata jelas di Malaysia hari ini di zaman moden ini, pemimpin yang memimpin Malaysia adalah pemimpin yang mengamalkan sifat kaum Madyan yang telah dibencanai Allah SWT suatu ketika dulu.

Dalam pratikalnya setiap pemimpin ada ketuanya yang juga digelar bapa dan bapa itu adalah Najib Razak. Jika para pemimpin itu pengamal sifat kaum Madyan atau Madyanisme maka bapanya adalah Najib itu sendiri.

>> Penulis merupakan penyair pro rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.