Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
KUALA LUMPUR: Dua pemandu MyVi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuhraya DUKE, pada awal pagi Sabtu lalu.
Pembantu pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik, Mohammad Fizal Reza Jamauddin,31, masing-masing membuat pengakuan selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan secara berasingan di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara berbahaya kepada awam dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan Nur Firuza Annisa Fairuz Nizam, tujuh bulan di Lebuhraya DUKE, Kilometer 6.2 dari arah Ulu Klang menghala ke Jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 selain lesen memandu digantung.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Selain digantung lesen memandu, mereka juga diarah menyerah pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 22 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.