MAAYSIAKINI
Pertandingan ratu cantik yang menampilkan golongan pondan memakai
pakaian tradisional kaum Iban atau tema harus diharamkan serta-merta
kerana ia mencemarkan kebudayaan, sejarah dan kesucian tradisi lama
masyarakat Iban di Sarawak.
Desakan itu disuarakan oleh Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM) Serawa
Budol yang menganggap pertandingan seperti itu atau lebih dikenali 'Drag
Queen Competition' tidak harus dianjurkan sama sekali kerana ia
menghina budaya kaum Iban, bangsa, agama, legenda, tradisi, imej dan
sensitiviti.
"Pondan, terutamanya tidak diterima dalam budaya Iban," katanya kepada
Bernama dan menambah apa jua istilah yang digunakan oleh pihak penganjur
tidak harus ada kaitan dengan tradisi Iban.
Serawa membangkitkan perkara itu selepas masyarakat Iban di sini
mengkritik hebat penganjuran pertandingan Drag Queen anjuran sebuah kafe
tempatan yang memaparkan golongan pondan memakai pakaian adat wanita
Iban sempena sambutan perayaan Gawai yang disambut pada 1 dan 2 Jun.
Pertandingan itu dijadual diadakan pada 22 Mei, mengetengahkan tema
'gaun malam bermotifkan Pua Kumbu' dan ia disebar secara meluas di media
sosial.
Pihak penganjur boleh menamakan pertandingan itu dengan apa sahaja nama
tetapi jangan gunakan istilah Kumang dan sudah semestinya tidak boleh
guna pakaian tradisional Iban," katanya dan menambah 'Kumang' sering
dirujuk sebagai wanita dan tidak pernah menjadi pondan.
'Kumang' yang bermaksud 'dewi ibu' dalam mitos Iban sinonim dengan
pertandingan ratu cantik etnik Iban kerana kecantikan dan sifat-sifatnya
yang lembut.
Malah Serawa berkata pihak penganjur tidak boleh menggunakan tema Pua
Kumbu kerana ia adalah warisan budaya Iban dan mesti dihormati.
Pertandingan itu menjadi viral di laman media apabila banyak pihak yang
membantah termasuk bekas pelari pecut negara dan pemegang rekod 100
meter, Watson Nyambek yang paling kuat mengkritik.
Watson apabila dihubungi Bernama berkata pertandingan itu akan memalukan
komuniti Iban keseluruhannya dan menyokong cadangan pengharaman
pertandingan itu.
Sementara itu, Bernama ketika menghubungi penganjur pertandingan yang enggan dikenali berkata, acara itu telah dibatalkan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.