1. Sejak akhir2 ini, kita boleh saksikan percanggahan pendapat dan pandangan dikalangan pemimpin
tertinggi pakatan PR samada dari PAS, PKR dan DAP berhubung pelbagai
isu yang melibatkan perbezaan perdekatan dan dasar parti masing2.
Perbezaan ini adalah satu lumrah dan hampir mustahil untuk
diselesaikan.
2. Namun, kewujudan PR bukanlah bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan itu, tetapi wujudnya PR kerana persamaan yang jelas tentang matlamat perjuangan mereka. Misalnya kesemua parti2 dalam PR sepakat bahawa mereka ingin;
- menghapuskan rasuah,
- menegakkan keadilan,
- memastikan tiada penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan harta negara,
- melawan kezaliman,
- memajukan ekonomi negara
- membantu rakyat miskin dan golongan yang memerlukan
3. Malangnya,sejak akhir2 ini kita boleh saksikan, ramai pemimpin tertinggi PR samada dari PAS, PKR dan DAP, banyak menggunakan media massa untuk menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap satu sama lain. Dan yang sangat menghairankan, perkara ini berlaku ketika PR mendapat pengaruh dan kepercayaan rakyat. Untuk rekod, PR mendapat 53% peratus undi popular dalam PRU13.
4. Disaat BN sedang menghadapi pelbagai masalah yang kritikal dengan isu salahtadbir urus dan bermacam2 skandal, PR yang mendapat pengaruh dan kepercayaan rakyat pula seolah2 memper"main"kan kepercayaan rakyat yang diberikan kepada mereka. Mereka bergaduh sesama sendiri, menuduh dan memfitnah antara satu sama lain...
5. Perbezaan dijadikan sebagai Matlamat perjuangan sempit mereka. Mereka seakan-akan lupa ketika mereka "susah" (tiada pengaruh dan kepercayaan), mereka bersama dalam satu sof, turun padang memberikan penerangan kepada rakyat, mereka korban duit mereka dan masa mereka untuk membela rakyat... mereka tinggal anak bini mereka kerana perjuangan, tetapi hari ini, nada mereka sudah berbeza....Apakah mereka sudah lupa setelah memegang beberapa tampuk kuasa??
6. Persoalan saya,
- Apa guna buat PAKATAN jika tidak boleh berbincang bersama2?
- Kenapa bila ada perbezaan padangan, masing2 menggunakan media massa untuk ber"bincang"??
- Tidakkah ia akan mewujudkkan persepsi yang kurang baik kepada rakyat yang memberikan undi dan kepercayaan kepada PR??
- Apa guna ada majlis Presiden, Kalo tidak gunakan sebagai medium perbincangan??
7. Saya berpandangan, hal ini berpunca dari 2 perkara utama.
PERTAMA;
PR tiada pemipin yang berpengaruh dan mampu "mengawal" ketiga2 parti dalam PR. Jika dulu PAS ada TGNA dan DSAI... sekarang mereka sudah tiada.
KEDUA;
Pemimpin tertinggi dalam PR sendiri tidak matang dan tidak profesional.
Sebagai pemimpin yang matang, mereka tidak akan menggunakan media massa untuk dijadikan medium "perbincangan" berkenaan isu panas yang melibatkan ketiga2 parti. Kenapa perlu mendedahkan isu dalaman parti kepada umum?? sepatutkan peluru harus dihalakan kepada musuh bukan kepada kawan...
8. Hubungan dalam PR boleh di analogikan seperti hubungan suami isteri. Kalau si suami sering cerita keburukan isterinya kepada orang manakala si isteri pula buat perkara yang sama, lambat laun berlakulah penceraian.. begitu juga PR... saya yakin perkara ini berterusan, PR akan berkubur sebelum menjelang PRU14.
9. Isu rumahtangga sepatutnya diselesaikan secara dalaman, dan tidak perlulah dedah kepada umum...
10. Sindrom cepat melatah ini menampakkan pemimpin tertinggi PR tidak matang dan tidak profesional...
11. Pemimpin tertinggi PR juga harus menasihatkan pemimpin bawahan supaya tidak celupar mulut...
Ini adalah pandangan peribadi saya terhadap Pakatan Rakyat (PR) ketika ini. Sekian;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.