Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, ini kerana masih banyak pembangunan negara yang dijanjikan tidak direalisasikan oleh Najib.
“Secara peribadi, saya rasa ia hanyalah ilusi Najib. Najib harus ada penegasan, selesaikan dahulu apa yang kerajaan sudah rancang dalam RMK10.
“Berpijaklah di bumi yang nyata. Saya lihat keseluruhan perbentangan tempoh hari hanyalah perbentangan yang retorik,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Bercakap mengenai isi perbentangan RMK11, Johari berkata, kerajaan juga tidak menyediakan peruntukan pembangunan yang begitu memberansangkan di Sungai Petani.
“RMK11 hampir tidak meliputi Sungai Petani. Di Sungai Petani, tidak ada apa-apa berlaku. Di Kedah pun tidak banyak.
“Saya rasa Najib perlu kaji dan selaraskan peruntukan supaya seiring dengan rancangan RMK11, tidak lupa juga ke atas RMK10 yang masih tidak dilaksanakan. Kerajaan juga harus ada keberanian untuuk mengajak rakyat untuk bangunkan negara.," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.